Rawatan Jarak Jauh Secara Islamik

Ikhtiar Kerohanian Secara Holistik Melalui Virtual Consultation (VC) Atau Konsultasi Virtual, Terapi Tazkiyah An-Nafs (Penyucian Jiwa), Terapi Psikospiritual Islam, Terapi ‘Ilaj Syar’ie, Ruqyah Online, Doa, Zikir Dan Bimbingan Secara Islamik Dengan Menggunakan Platform Google Meet, Tanpa Perlu Hadir Secara Fizikal Ke Pusat Rawatan Islam.

Dapatkan Ruang Untuk Berkongsi Perasaan, Mendapatkan Panduan, Bimbingan Dan Membina Amalan Kerohanian Hanya Dari Rumah Dan Lokasi Pilihan Anda Sendiri Secara Lebih Mudah, Berstruktur Dan Profesional. Rawatan Solat Hajat Turut Disediakan Bagi Mereka Yang Memerlukan.


SESI RAWATAN YANG TERANCANG DAN BERSTRUKTUR

Kini Anda Boleh Mendapatkan Bimbingan Dan Rawatan Islam Hanya Dari Rumah Dan Lokasi Pilihan Anda

Sesi Rawatan Jarak Jauh dirancang untuk membantu anda memahami keadaan yang sedang berlaku dengan lebih jelas dan berstruktur. Melalui sesi ini, anda boleh berkongsi situasi, mendapatkan penerangan dan bimbingan berkaitan keadaan yang sedang dihadapi serta mengetahui langkah ikhtiar yang sesuai untuk dilakukan secara berperingkat dengan izin Allah SWT.

Tinggal Jauh

Tidak perlu menempuh perjalanan jauh, sesi rawatan boleh dilakukan dari lokasi anda, memudahkan mereka yang tinggal di negeri atau kawasan berbeza.

Kekangan Masa

Sesuai untuk individu yang mempunyai jadual padat, komitmen kerja atau keluarga, dengan sesi yang dapat disusun mengikut kesesuaian masa.

Sukar Hadir Secara Fizikal

Memberikan alternatif kepada individu yang menghadapi kesukaran untuk hadir secara fizikal akibat keadaan tertentu, tanpa mengabaikan keperluan bimbingan dan rawatan.

Berada Di Lokasi Lain

Walaupun berada di bandar, negeri atau negara berbeza, sesi masih boleh dijalankan secara dalam talian dengan komunikasi yang teratur dan berfokus.

Fleksibel

Sesi boleh disesuaikan mengikut keadaan, keperluan dan kesesuaian individu dan keluarga, memberikan pengalaman rawatan yang lebih praktikal, teratur dan selesa.

Mudah Diakses

Akses kepada sesi rawatan menjadi lebih mudah melalui peranti dan sambungan internet, tanpa keperluan hadir ke lokasi tertentu secara fizikal.

Apa Itu Rawatan Jarak Jauh?

Rawatan Jarak Jauh yang disediakan oleh platform RawatanJarakJauh.Asia ialah perkhidmatan ikhtiar, bimbingan, sokongan dan rawatan kerohanian yang dijalankan secara atas talian secara ‘LIVE’, ‘Real Time’ dan interaktif tanpa pertemuan fizikal secara langsung di antara Perawat dan pesakit.

Sesi Rawatan Jarak Jauh boleh melibatkan perbincangan situasi yang sedang dihadapi, Terapi Tazkiyah An-Nafs (Penyucian Jiwa), Terapi Psikospiritual Islam, Terapi ‘Ilaj Syar’ie, Ruqyah Syar’iyyah, doa, zikir serta panduan amalan yang boleh dilakukan oleh individu sendiri.

Walau bagaimanapun, ini bukan bermaksud Perawat mempunyai kuasa ghaib atau boleh menjamin kesembuhan seseorang pesakit dari jarak jauh. Kita hanya berusaha. Selebihnya serahkan segala urusan kepada Allah SWT.

KEHARUSAN RAWATAN JARAK JAUH

Adakah Rawatan Jarak Jauh Diharuskan Dalam Islam?

Dari perspektif Islam, kita dituntut untuk berikhtiar mencari jalan yang terbaik dan dibenarkan syarak, manakala kesembuhan tetap berada dalam ketentuan Allah SWT.

Ruqyah Syar’iyyah hendaklah berasaskan bacaan Al-Quran, doa dan zikir yang dibenarkan syarak serta tidak mengandungi unsur syirik, khurafat atau amalan yang bercanggah dengan akidah.

Prinsip Asas Rawatan Jarak Jauh:-

  • Allah yang menyembuhkan
  • Berlandaskan syarak
  • Tanpa penggunaan tangkal dan azimat
  • Tanpa jin sebagai perantara
  • Tanpa ramalan dan tilikan
  • Tanpa dakwaan mengetahui perkara ghaib

POSTING BLOG

Arikel Terkini

Kami Tidak Menjanjikan Apa Yang Kami Tidak Mampu Jamin

Sembuh dalam satu sesi rawatan

Dijamin sembuh 100%

Boleh nampak jin

Boleh tahu siapa yang menghantar sihir

Boleh mengesan perkara ghaib

Boleh buang jin dari jauh secara ghaib

Sebaliknya kami menawarkan ikhtiar, bimbingan, sokongan dan rawatan kerohanian dengan pendekatan yang lebih berhati-hati, berstruktur dan berlandaskan syariat Islam.

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah Rawatan Jarak Jauh Sesuai Untuk Semua Orang?

Tidak semestinya.

Kesesuaian bergantung kepada keadaan individu dan jenis rawatan yang diperlukan.

Adakah Saya Perlu Hadir Secara Fizikal?

Tidak perlu.

Bagi sesi Rawatan Jarak Jauh yang ditawarkan oleh platform www.RawatanJarakJauh.Asia pesakit tidak perlu hadir secara fizikal.

Bagaimana Sesi Rawatan Jarak Jauh Dijalankan?

Melalui medium komunikasi yang dipersetujui bersama ketika membuat tempahan sesi Rawatan Jarak Jauh.

Adakah Perawat Boleh Mengetahui Perkara Ghaib?

Tidak.

Kami tidak mendakwa mempunyai pengetahuan tentang perkara ghaib yang sememangnya hanya Allah yang mengetahuinya.

Adakah Rawatan Ini Menggunakan Jin?

Tidak.

Pendekatan Rawatan Jarak Jauh kami tidak menggunakan jin sebagai perantara.

Adakah Rawatan Ini Perlu Menghantar Gambar?

Tidak perlu.

Kecuali terdapat keperluan khusus yang dinyatakan terlebih dahulu dan sebagai meraikan hajat pesakit atau waris sekiranya mereka merasakan ada keperluan untuk menghantar gambar individu yang hendak dirawat.

Berapa Lama Setiap Sesi Rawatan?

Setiap sesi rawatan bergantung kepada keperluan individu dan perkara yang hendak dibincangkan atau dirawat. Ada sesi 45 minit dan sesi 2 jam atau lebih mengikut kesesuaian setiap individu.

Adakah Perawat Di Sini Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

Ya, sudah pasti.

Perawat di sini merupakan Pengamal Pengubatan Islam yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 atau lebih dikenali dengan Akta 775.

Perawat di sini juga memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Perawatan Ruqyah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

Bolehkah Pesakit Dari Luar Malaysia Mendapatkan Perkhidmatan Rawatan Jarak Jauh Ini?

Boleh sangat.

Pihak kami menerima pesakit untuk sesi Rawatan Jarak Jauh dari seluruh Malaysia dan negara Asia seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Filipina, Australia, New Zealand, Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan semua negara di dunia, walau di mana sahaja anda berada.

IKHTIAR KEROHANIAN | Ruqyah Syar’iyyah | Bimbingan islamik | SOLAT HAJAT

Ikhtiar Dengan Ilmu. Berdoa Dengan Yakin. Berserah Kepada Allah SWT.

Kesembuhan Adalah Dengan Izin Allah SWT

Rawatan Jarak Jauh Yang Sentiasa Menjadi Pilihan Ramai

Kekal Berhubung Dengan RawatanJarakJauh.Asia